Sunday 21 February 2010

AZIZAH

LIRIK: DATUK JAMIL SULONG
LAGU: ALLAHYARHAM TAN SRI P. RAMLEE
PENYANYI ASAL: P. RAMLEE
FILEM: PENAREK BECHA (1955 - ARAHAN : P. RAMLEE)

Rupamu nan jelita
Gaya kamu nan manja
Membuat aku kini
Jadi tergoda

Siang jadi kenangan
Malam jadi impian
Keranamu Azizah
Keranamu Azizah

Matamu bersinar
Cahayanyamemancar
Kalbuku berdebar
Baru ini di gedung
Hatiku cinta berkebar

Oh Azizah
Putih Kulitmu
Putih Kulitmu
Pandang tak jemu
Manis senyummu
Manis senyummu
Mulia hatimu

Putih kulitmu
Putih kulitmu
Pandang tak jemu
Manis senyummu
Manis Senyummu
Mulia hatimu

Kalau kau menjadi bunga
Biarku jadi tangkainya
Asalkan dapat bersama
denganmu
Cinta dipadu
Oh Azizah...



Petikan dari buku "Tiada Kata Secantik Bahasa":
"Seperkara yang ingin saya terangkan mengenai lagu "Azizah" dalam filem Penarek Becha", lagu itu dicipta oleh P. Ramlee semasa dia masih di Pulau Pinang dan belum bergelar bintang filem lagi. Apa bila P. Ramlee memilih lagu itu untuk filemnya sebagai memuji Saadiah yang memegang watak Azizah dalam filem itu, saya jelaskan kepada P. Ramlee bahawa kata-kata mengenai Azizah dalam lagu asalnya itu menggambarkan Azizah yang berada di Pulau Pinang dan tidak berapa tepat untuk Azizah (Saadiah) dalam filem ini. P. Ramlee bersetuju beberapa ungkapan dalam lagu asal itu diubah agar sesuai dengan perwatakan Saadiah atau Azizah dalam filem.

"Daripada contoh yang saya katakan ini, saya menolak, kalau ada pihak yang mengatakan bahawa lagu-lagu ciptaan P. Ramlee diatur oleh beliau dan si penulis lirik terpaksa menulis lirik seperti yang diarahkannya. Apabila saya menulis lirik untuk P. Ramlee, dia tidak menyuruh atau mengarah saya menggunakan ungkapan tertentu. Dia memberi kebebasan penuh kepada saya untuk menulis lirik...."

No comments:

Post a Comment