Monday, 22 February 2010

SELAMAT HARI RAYA

"Lagu 'Selamat Hari Raya' ditulis khas untuk Persatuan Artis Malaya atau PERSAMA. Lirik lagu ini saya tulis dalam masa 10 minit sahaja. Kisahnya, ketika itu artis dan pekerja di Studio MFP Jalan Ampas mengadakan mogok. Jadi, dalam majlis sambutan Aidilfitri tahun itu, kerana mahu memungut dana persatuan, PERSAMA mengadakan pertunjukan pentas di Taman Hiburan Happy World. Sedang saya menolong kawan-kawan membuat persiapan, P. Ramlee datang menyerahkan sekeping kertas yang ada nota suku kata sebuah lagu dan menerangkan bahawa nota itu untuk lagu pembukaan pertunjukkan pada malam itu dan saya mesti menyiapkannya sebelum pertunjukkan bermula. Keadaan memaksa, maka saya menyiapkan lirik lagu itu dalam waktu singkat. Hinggalah kini lagu ini masih berkumandang pada setiap kali Hari Raya menjelma." - Datuk Jamil Sulong.

TAJUK LAGU: SELAMAT HARI RAYA
LIRIK: DATUK JAMIL SULONG
LAGU: ALLAHYARHAM TAN SRI P. RAMLEE
PENYANYI ASAL: P. RAMLEE/SALOMA
PENYANYI LAIN: AHMAD JAIS/RAMAI YANG LAIN

Selamat Hari Raya
Aidilfitri Mulia
Ampun Maaf DiPinta
Mensuci Hening Dosa

Setahun Menghilang
Sekarang Menjelang
Hari Yang Bahagia
Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya
Aidilfitri Mulia
Ampun Maaf DiPinta
Mensuci Hening Dosa

Seruan Kita
Untuk Semua
Selamat...Selamat..
Selamat Hari Raya
(Ulang Dari Mula)

Selamat...Selamat..
Selamat Hari Raya

Sunday, 21 February 2010

AZIZAH

LIRIK: DATUK JAMIL SULONG
LAGU: ALLAHYARHAM TAN SRI P. RAMLEE
PENYANYI ASAL: P. RAMLEE
FILEM: PENAREK BECHA (1955 - ARAHAN : P. RAMLEE)

Rupamu nan jelita
Gaya kamu nan manja
Membuat aku kini
Jadi tergoda

Siang jadi kenangan
Malam jadi impian
Keranamu Azizah
Keranamu Azizah

Matamu bersinar
Cahayanyamemancar
Kalbuku berdebar
Baru ini di gedung
Hatiku cinta berkebar

Oh Azizah
Putih Kulitmu
Putih Kulitmu
Pandang tak jemu
Manis senyummu
Manis senyummu
Mulia hatimu

Putih kulitmu
Putih kulitmu
Pandang tak jemu
Manis senyummu
Manis Senyummu
Mulia hatimu

Kalau kau menjadi bunga
Biarku jadi tangkainya
Asalkan dapat bersama
denganmu
Cinta dipadu
Oh Azizah...



Petikan dari buku "Tiada Kata Secantik Bahasa":
"Seperkara yang ingin saya terangkan mengenai lagu "Azizah" dalam filem Penarek Becha", lagu itu dicipta oleh P. Ramlee semasa dia masih di Pulau Pinang dan belum bergelar bintang filem lagi. Apa bila P. Ramlee memilih lagu itu untuk filemnya sebagai memuji Saadiah yang memegang watak Azizah dalam filem itu, saya jelaskan kepada P. Ramlee bahawa kata-kata mengenai Azizah dalam lagu asalnya itu menggambarkan Azizah yang berada di Pulau Pinang dan tidak berapa tepat untuk Azizah (Saadiah) dalam filem ini. P. Ramlee bersetuju beberapa ungkapan dalam lagu asal itu diubah agar sesuai dengan perwatakan Saadiah atau Azizah dalam filem.

"Daripada contoh yang saya katakan ini, saya menolak, kalau ada pihak yang mengatakan bahawa lagu-lagu ciptaan P. Ramlee diatur oleh beliau dan si penulis lirik terpaksa menulis lirik seperti yang diarahkannya. Apabila saya menulis lirik untuk P. Ramlee, dia tidak menyuruh atau mengarah saya menggunakan ungkapan tertentu. Dia memberi kebebasan penuh kepada saya untuk menulis lirik...."

SI TANGGANG

Filem kedua Datuk Jamil Sulong yang diterbitkan pada tahun 1960 di MFP. Filem yang kini telah menjadi satu filem Melayu klasik dijayakan oleh Jins Shamsuddin, Normadiah, Bat Latiff, Zaiton dan S. Kadarisman.
Lagenda Tanggang atau Tenggang adalah satu dongeng yang memang dikenali di Nusantara termasuk di kepulauan Sumatra. Masyarakat Minangkabau memiliki dongeng yang boleh dikatakan sama dan dikenali sebagai Malin Kundang.

Di bawah merupakan petikan dari filem Si Tanggang di mana Nahkoda Tanggang tidak mengaku ibunya sendiri kerana takut malu kalau diketahui asal usul sebenarnya.

Saturday, 20 February 2010

BATU BELAH BATU BERTANGKUP

Filem arahan pertama Datuk Jamil Sulong. Diterbit pada tahun 1958 oleh Malay Film Productions (MFP) dan ditayangkan pada tahun 1959. Berdasarkan cadangan asal dan cerita rakyat oleh S. Kadarisman dan P. Ramlee.

Filem ini dijayakan oleh Aziz Jaafar, Zaiton, Neng Yatimah dan Salleh Kamil. Filem ini juga memperkenalkan Bat Latiff sebagai Pekan (waktu kecil).

Di bawah adalah babak pertama dari filem tersebut. Babak-babak lain boleh diikuti melalui Youtube.

ENGKAU LAKSANA BULAN

LIRIK: DATUK JAMIL SULONG
LAGU: ALLAHYARHAM TAN SRI P. RAMLEE
PENYANYI ASAL: ALLAHYARHAM TAN SRI P. RAMLEE
PENYANYI LAIN: DATO' SHEILA MAJID
FILEM: PENAREK BECHA (1956 - ARAHAN ALLAHYARHAM TAN SRI P. RAMLEE)

Engkau laksana bulan
Tinggi di atas kayangan
Hatiku dah kau tawan
Hidup ku tak keruan

Mengapa ku diseksa
Mengapa kita bersua
Berjumpa dan bercinta
Tetapi menderita

Oh..oh..ohhh

Kau cabutlah nyawaku
Oh Tuhanku mengapakah
Kau bezakan hidupku
Oh Tuhanku mengapakah
Manusia begitu

Mengapa ku diseksa
Mengapa kita bersua
Berjumpa dan bercinta
Tetapi menderita

Oh..oh..ohhh

Kau tinggalkan diriku
Oh Tuhanku mengapakah
Jadi miskin hidupku
Oh Tuhanku mengapakan
Sangat buruk nasib ku

Mengapa ku diseksa
Kenapa kita bersua
Berjumpa dan bercinta
Tetapi menderita





Titi DJ pun pernah merakam lagu ini. Ikuti pautan ini http://www.youtube.com/watch?v=CQpbdmf1DYI&feature=related

BERKORBAN APA SAJA

LIRIK: DATUK JAMIL SULONG
LAGU: ALLAHYARHAM TAN SRI P. RAMLEE
PENYANYI ASAL: P. RAMLEE
LAIN-LAIN PENYANYI: JAMAL ABDILLAH/DATO' SITI NURHALIZA
FILEM: HANG TUAH (1955 - ARAHAN PHANI MAJUMDAR)/TUAH (1989 - ARAHAN ANWARDI JAMIL)

Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
sejati dan mulia

Hmmm..hmmmmm...

Kepentingan sendiri
Tidak diingini
Bahagia kekasih
Saja yang diharapi
Berkorban apa saja
Harta ataupun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia

Hmmmm...hmmmmm...

Untuk menjadi bukti
Kasih yang sejati
Itulah tandanya
Jika mahu diuji
Berkorban apa saja
Harta ataupun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia





Friday, 19 February 2010

KATA PERMATA

Blog ini adalah bagi mengenalkan filem, tulisan dan lirik Datuk Haji Jamil Sulong.
Ia akan diisikan tidak lama lagi.